Dapatkan Produk M-Bazaar Village di SHOPEE ! Terdapat Pelbagai Diskaun & Tawaran Menarik! Shop Now!
Cart 0

Ikuti Aktiviti Kami di :

https://www.facebook.com/MBazaarSdnBhdhttps://www.instagram.com/mbazaar_sdnbhd/

IMG-20210502-WA0030.jpg


Ibadah Korban Di Laksanakan Setiap Tahun iaitu bermula 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah. 

Jom Laksana Ibadah Korban bersama M-Bazaar Sdn Bhd. Kami adalah Pembekal Lembu Bagi Ibadah KORBAN dan AKIKAH. 


Ternakan kami: 

🐂Lembu terdiri daripada pelbagai Saiz & Gred 


Terbuka kepada Persendirian / Swasta / Individu untuk Melaksanakan Ibadah Qurban 2022 / Ibadah Korban 2022 (1443H) bersama kami. 


Menariknya 

👍🏻Anda boleh memilih sendiri ternakan. Harga ternakan mengikut berat. 

👍🏻Anda dialu-alukan untuk datang ke ladang kami untuk menyertai pelaksanaan Ibadah Korban termasuk melapah dan memotong lembu. 

👍🏻Anda boleh mengambil dan bawa balik bahagian anda. 

👍🏻Anda juga boleh serahkan kepada kami untuk diagihkan daging korban kepada yang memerlukan (Anak Yatim, Fakir Miskin, Madrasah, Ibu Tunggal....) 


Kelebihan M-Bazaar 

✔️Semua Ternakan telah mendapat kelulusan pihak Veterinar 

✔️Mempunyai surat kesihatan

✔️Ternakan kami sentiasa dimandikan dan dibersihkan 

✔️Makanan Ternakan dijaga rapi dan berkualiti tinggi 

✔️Kami adalah Syarikat Muslim Bumiputera Berdaftar 

✔️Penternak Muslim Jom dapatkan Ternakan Terbaik bagi Ibadah Korban anda bersama M-Bazaar Sdn. Bhd. 


Jika ada pertubuhan atau pihak yang ingin membeli lembu kuantiti banyak, hubungi kami terus, harga boleh dirunding.. In Shaa Allah. 

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa : "Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut."


Apa Maksud Ibadah Korban / Qurban? 

Menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah SWT. "Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan Berkorbanlah" (Surah Al-Kautsar 108:2) 


Hukum Ibadah Korban 

a. Sunat Muakkad - Sangat dituntut atas umat Islam yang berkemampuan. 

b. Wajib - Apabila bernazar 


Binatang Yang Disyariatkan Untuk Korban 

a. Kambing biri-biri (berbulu tebal seperti kibas) yang berusia Satu Tahun dan keatas. 

b. Kambing biasa yang berusia dua tahun dan keatas. 

c. Unta yang berusia lima tahun dan keatas. 

d. Lembu atau Kerbau yang berusia dua tahun dan keatas. 


Syarat-syarat Orang Yang Ingin Melakukan Ibadah Korban 

a. Islam 

b. Baligh dan Berakal 

c. Berkemampuan 


Hikmah 

Disyariatkan Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT. Menambah rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan. 


Hubungi M-Bazaar Sdn Bhd Untuk Tempahan017-700 4599

 #pembekallembu #pembekalkambing #pembekalbiribiri #pembekalternakan #ibadahkorban2022 #ibadahkorban #lembukorban #muslim #mbazaarmalaysia