Dapatkan Produk M-Bazaar Village di SHOPEE ! Terdapat Pelbagai Diskaun & Tawaran Menarik! Shop Now!
Cart 0

M-Bazaar Sdn Bhd adalah 100% syarikat milik Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Mula beroperasi di Kuala Lumpur. Pada awal penubuhan, kami hanya menjadi pembekal dan pengedar produk-produk berasaskan makanan. Memandangkan permintaan produk makanan halal semakin tinggi, kami mengambil peluang ini untuk melibatkan diri secara aktif. Secara tidak langsung dapat membantu negara dalam mempromosikan produk diyakini bersih serta selamat untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

PERNIAGAAN KAMI

Ternakan ( Lembu, Kambing & Biri-biri )

Menjual beli ternakan dengan penternak tempatan. Kami juga mengimport ternakan daripada Thailand dan Myanmar. M-Bazaar Sdn Bhd mempunyai ladang ternakan sendiri di Kampung Songsang, Temerloh, Pahang, M-Bazaar Sdn Bhd telah berjaya menjual lebih 1000 ekor lembu, kambing dan biri-birii sepanjang penglibatan dalam bidang perladangan bagi tujuan ibadah Korban serta Akikah.

Ship Chandling.png

Penjualan Daging ( Segar dan Sejuk Beku )

Kami menjual daging lembu, kambing dan biri-biri milik ternakan kami kepada pembeli terutama dari Lembah Klang. Kami juga mengimport daging sejuk beku terutama dari India untuk menampung permintaan daging dengan harga berpatutan

Ship Chandling.png

Program Ibadah Akikah dan Korban

Kami telah menjalankan program Akikah dan Ibadah Korban bermula tahun 2018 sehingga kini. Bagi Ibadah Korban, kami menyediakan dua (2) perkhidmatan. Pertama, penghantaran lembu / kambing / biri-biri hidup ke lokasi pelanggan. Kedua, penyembelihan berkelompok ( 1 ekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian) di Pusat Sembelihan bertauliah. Ibadah akikah biasanya dilaksanakan bersama biri-biri atau kambing di ladang kami. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan katering seperti Sup Kambing Salai Istimewa dan Kambing Golek bagi tujuan Akikah dan Kenduri.

Ship Chandling.png

Hasi Sungai dan Laut

Kami telah melaksanakan jualan Ikan Sangkar Segar ( Ikan Patin dan Ikan Tilapia Merah ) dari Temerloh bermula tahun 2019. Kami telah menjalankan program jualan langsung segar dari sungai setiap hari Sabtu dari Temerloh ke Seluruh Lembah Klang. Di samping itu juga, kami juga bekerjasama dengan penternak dan nelayan ikan di Temerloh bagi mendapatkan ikan-ikan liar seperti kerai dan baung. Hasil laut pula, kami mendapatkan bekalan kami daripada nelayan Sabah.

Ship Chandling.png

Ship Chandling.png


Kerjasama Dengan Usahawan Dan Peladang Tempatan

M-Bazaar Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pengusaha produk IKS tempatan seperti tempoyak asli, Sambal Hitam, Pes Gulai Tempoyak, Cincau Herba, Murtabak dan lain-lain lagi. Kami turut bekerjasama dengan peladang dari Raub memasarkan produk ladang seperti pisang, betik, serai, halia bentong, bunga kantan, cili, durian dan banyak lagi.

Ship Chandling.pngShip Chandling.png

Ship Chandling

M-Bazaar Sdn Bhd memberi perkhidmatan ship chandling kepada kapal-kapal yang memerlukan bekalan makanan mentah terutamanya bila berlabuh diperairan semenanjung Malaysia dengan harga yang berpatutan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pemberian hadiah dalam bentuk makanan dan penjagaan diri pada hari perayaan kepada kru-kru kapal.

Ship Chandling.png


Terima kasih,

Teruskan menyokong M-Bazaar Sdn Bhd !